Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 2 June 2015

Kesaksian bro stanley

KESAKSIAN BRO STANLEY C VILLAVIENCENCIO
Apa yang akan saya beritahu kepada kamu ini adalah apa yang berlaku kepada saya, kisah peribadi saya dengan Yesus Kristus Kerahiman Ilahi. Apabila anda mendengar perkongsian saya , saya berharap ianya akan menambahkan iman kamu , dan kamu akan mengetahui bahawa Tuhan benar-benar wujud dan Tuhan kita adalah Tuhan yang hidup. Apa yang berlaku kepada saya, berlaku pada 02 mac 1993. Hari itu ialah hari selasa dan merupakan hari jadi salah seorang anak saya. Pada masa itu, saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi sekarang saya mempunyai tiga belas orang anak. Saya juga adalah ahli kepada “Perpetual Dawn Rosary"

Adalah menjadi satu amalan bagi kami bahawa apabila ada peristiwa penting berlaku di rumah kami, maka kami akan menjemput Patung Santa Perawan Maria. Kami juga mempunyai amalan bahawa apabila patung Santa Perawan Maria di bawah ke rumah, sayalah yang harus menerima Peraan itu. Tetapi pada hari itu, apabila Patung P erawan sudah berada di rumah kami, apa sahaja yang mereka lakukan untuk membangunkan saya dari tidur, saya tidak dapat dibangunkan. Oleh itu, ibu mertua sayalah yang menerima Patung Perawan tersebut.

Pada jam 8.00 pagi, ibu mertua saya berkata bahawa dia terdengar saya mengerang kesakitan. Dia cuba melihat saya di dalam bilik tidur dan mendapati saya terbaring di atas katil, menggigil dengan kuat dan darah mengalir keluar dar milut saya dengan banyaknya. Secara kebetulan, kakak kepada bapa mertua saya, yang mana seorang jururawat berada di sana dan dia segera merawat saya. Dia memeriksa denyutan nadi saya tetapi denyutan nadi saya sudah tidak dapat dikesan lagi .

Lalu dia menyentuh dada saya dan menyedari denyutan jantung saya sudah terlalu lemah. Seterusnya, apabila mereka membuka kelopak mata saya, kedua mata saya sudah menjadi putih. Oleh itu, mereka meminta bantuan daripada jira-jiran kami lalu mereka membawa saya ke hospital Chung Hwa. Setelah tiba di hospital Chong Hua, mereka mendapatkan empat doctor pakar dan seorang daripada doctor-doktor mengatakan bahwa peluang saya untuk hidup adalah satu dalam sejuta sebab denyutan jantung saya sudah terlalu lemah.
Semasa saya memasuki Bilik Rawatan Kecemasan, saya sudah tidak dapat bernafas lagi walaupun dengan bantuan oksigen. Oleh itu, mereka memindahkan saya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) , supaya pernafasan saaya dapat dibantu m elalui “Ambubagging” atau memaksa penyaluran oksigen kedalam badan. Semasa di ICU, gigilan saya tidak berhenti dan darah masih mengalir keluar dari mulut saya. Oleh itu, doctor telah menyuntik saya dengan “Valium” bagi mengawal keadaan saya.

Disebabkan Pulau Negros dan Cebu berdekatan, maka saudara mara saya dapat datang pada hari yang sama. Di antara mereka yang datang ialah ayah saya, seorang doctor, kakak saya juga adalah seorang doctor dan saudara – mara isteri saya yang kesemuanya adalah doctor. Secara kebetulan, isteri saya juga ialah seorang jururawat.

Pada keesokan harinya, pada doktor memanggil isteri saya dan meminta kebenarannya untuk membukakan semua pe ralatan bantunan untuk hidup yang terlekat pada badan saya kerana mereka mengatakan tiada ada lagi peluang untuk saya hidup. Disebabkan tidak ada peluang lagi untuk hidup,

maka isteri saya menelefon ke rumah kami dan meminta supaya baju pengebumian berlengan panjang di sediakan. Ibu mertua saya memberitahu bahawa beliau mempunyai pakej pengebumian dan pakej itu boleh dipindah milik. Oleh itu, beliau menukarkan ke nama saya. Ini bererti sayalah yang akan menggunakan kerana beliau. Secara kebetulan, saya juga mempunyai tiga lot tanah perkuburan di Queen City Garden, iaitu sebuah kawasan perkuburan di Cebu, yang telah dibeli semasa bapa mertua saya meninggal pada tahun 1987. Mereka memproses semua dokumen untuk membawa mayat saya ke Queen Garden. Ini bererti semuanya sudah tersedia. Saya mempunyai baju berlengan panjang yang akan dipakai untuk dikebumikan, saya sudah mempunyai keranda sebagai tempat kediaman dan juga sudah mempunyai tanah perkuburan untuk dikuburkan.

Namun Tuhan mempunyai rencana lain sebab tiada ada seorang pun di antara saudara-mara saya bersetuju untuk membuka semua peralatan bantuan untuk hidup yang terlekat pada badan saya. Malahan mereka bergilir-gilir untuk berusaha menghidupkan saya. Tetapi hanya badan saya sahaja yang berada di ICU Hospital Chong Hua, sebab saya telah melihat cahaya besar yang sangat terang, tetapi tidak menyilaukan. Kamu boleh memandangnya, ianya seperti kabus yang perlahan-lahan menghilang sehinggalah saya dapat melihat seorang yang berdiri di hadapan saya. Apabila saya melihat wajah-Nya, saya mengenali-Nya sebagai Yesus.

Semasa Dia dan saya memandang di antara satu sama yang lain, Dia mengangkat tangan kiri-Nya dan awan-awan di atas tersedut ke bawah. Apabila awan-awan itu hampir sampai di atas kami, ianya terus berputar dan bertukar menjadi berwarna-warni. Setelah berhenti , ianya menjadi tayangan filem. Lalu Dia memaparkan filem kehidupan saya dari sejak saya masih kanak-kanak sehinggalah pada masa itu.
Saya menyedari bahawa setiuap kali saya berbuat dosa, secara tiba-tiba video itu beralih ke gerakan perlahan, seolah-olah Dia ingin memperlihatkan kepada kita bahawa kita yang telah kita lakukan itu adalah dosa kerana saya juga telah melakukan dosa-dosa yang besar, dosa yang kita kenali seabgai Dosa Mortal.
Setiap kali Ianya ditayangkan, tiba-tiba ia terhenti lalu mendekat dan membesar. Kemudian saya berkata kepada diri sendiri: kenapa ini mesti dimasukkan? Mesti tidak ada Badan Penapis di syurga , sebab ianya terlalu teruk untuk dilihat. Tetapi biarpun saya menutup mata, saya masih boleh melihatnya.

Saya juga menyedari setiap kali saya berdosa, saya dapat merasakan bebannya. Saya dapat merasakan bahang kepanasan. Semakin banyak saya berbuat dosa, semakin bertambah rasa beban, semakin bertambah bahang kepanasan. Saya juga perhatikan bahawa setiap kali saya berbuat baik, misalnya sekiranya saya memberi sesuatu kepada orang meskin, saya dapat merasakan seolah-olah saya sedang terapun. Maka memang benarlah apa yang tertulis didalam Alkitab (Matius 25:40). “Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang daripada saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku”.

Saya juga menyedari bahawa dosa-dosa yang tidak saya akui kepada paderi menjadi terlalu berat. Saya tidak dapat menyangkal apapun kerana tayangan filem itu sangat besar dan jelas, dan gambar-gambarnya juga adalah besar dan di bawah gambar-gambar tersebut ada tertulis hari, bulan, tahun , jam, minit dan saat peristiwa dosa itu terjadi.

Maka , kita tidak dapat menyangkal apapun sebab saat sudahpun dicatat. Sebenarnya, Dia menayangkan semula filem kehidupan saya sebanyak tiga kali dan selepas perbualan kami yang panjang, Dia menepuk bahu saya lalu berkata, “Engkau baliklah sekarang, sebab masih banyak lagi perkara yang engkau perlu buat. Engkau masih perlu menyelesaikan banyak perkara lagi. Sekiranya Aku ada sesuatu untuk kamu atau sekiranya Aku mempunyai pesanan untuk kamu, Aku akan muncul dalam mimpimu”

Selepas Dia berkata demikian, saya yang berada di ICU Hospital Chong Hua, tiba-tiba terbangun dan saya dapat merasakan badan saya sangat ringan dan kepala saya sangat sedar. Selepas saya terbangun, say amembuka sendiri peralatan oksigen dari hidung saya. Selepas membuka saluran oksigen itu, saya juga p erlahan-lahan membuka tiub yang dimasukkan kedalam usus saya kerana tiub itu membuat saya merasa geli. Selepas membuka tiub-tiub tersebut, saya perlahan-lahan menanggalkan intravena dari lengan saya. Semasa saya berbuat demikian, ada seorang jururawat yang melihat segala-galanya, dan ini membuatnya menjadi sangat sakut lalu berlari dari situ. Sebenarnya, jururawat itu memberitahu bahawa salah satu daripada tumit kasutnya patah semasa dia berlaku ketakutan.

Apabila jururawat itu kembali, dia membawa bersama jururawat-jururawat lain dan para doktor serta juruteknik. Mereka semua berlari-lari ke arah saya dan apabila tiba, mereka membaringkan saya semula ke atas katil. Seorang daripada doktor-doktor itu m enggunakan stetoskopnya untuk memeriksa saya dan selepas pemeriksaan yang singkat, doktor itu menanggalkan stesoskopnya, meletakkan stetoskop tersebut di samping saya dan meminta stetoskop yang lain.

Ini bererti dia tidak percaya akepada stetoskopnya. Dia telah diberikan stetoskop yang lain dan memeriksa saya semula dan selepas pemeriksaan yang panjang, doktor itu melihat mesin elektrokardiagram (EKG) kerana setiap katil di Unit Rawatan Rapi mempunyai mesin EKG. Doktor tersebut berkata bahawa sepanjang masa saya berada di Unit Rawatan Rapi tersebut, EKG saya sentiasa dalam keadaangarisan mendatar, tetapi kini mereka sangat hairan kerana EKG saya berfungsi normal. Disebabkan para juruteknik berada di situ, maka mereka juga telah melakukan pemeriksaan ultrabunyi, x-ray dan pelbagai ujian makmal dan imbasan otak. Kesemua keputusan pemeriksaan tersebut adalah negetif seperti saya tidak sakit.
Pada doktor merasa hairan dan mereka meminta persetujuan daripada isteri saya untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi , sebab mereka mengatakan bahawa ada kemungkinan peralatan mereka tidak berfungsi dengan baik. Isteri saya bersetuju, dan sekali lagi mereka memeriksa saya dengan ujian ultrabunyi, pelbagai ujian makmal, imbasan otak, kecuali ujian x-ray. Dan sekali lagi, semua keputusan adalah negetif: Ini bererti saya tidak sakit. Maka para doktor berkata kepada isteri saya , “Sekarang tidak ada lagi yang kami dapat lakuan, ini adalah satu mukjizat. Lebih baik misa kudus diraikan untuk tujuan ini.

Saya bangun pada jam lapan pagi pada hari Jumaat. Sekiranya kamu mengiranya dari jam lapan pagi pada hari selasa hingga jamlapan pagi hari jumaat, perhitungannya tepat sekali tiga hari. Kejadian ini juga telah diumumkan kepada para media , termasuklah televisyen, radio dan surat khabar. Oleh kerana gereja kita , Iaitu Gereja Roman Katolik tidak begitu mudah untuk mempercayai mukjizat, maka penyiasatan oleh pihak gereja telah dijalankan dan diketuai oleh Ricardo Kardinal Vidal dari Cebu.

Kardinal Vidal mengetuai penyiasatan dalam bulan Mac. Pada pertengahan bulan September, Kardinal Vidal mengeluarkan sepucuk surat mengesahkan apa yang berlaku kepada saya. Beliau memberikan surat kebenaran kepada saya untuk memberikan kesaksian ke seluruh dunia tentang apa yang berlaku terhadap saya dan juga salah seorang daripada doktor yang ditugaskan untuk menjaga saya di unit rawatan rapi itu. Beliau bukanlah seorang doktor biasa kerana dia menamatkan pengajian perubatan sebagai graduan “Magna Cum Laude” dan apabila dia mengambil peperiksaan lembaga perubatan, dia adalah graduan yang cemerlang di Filipina, bererti dia mendapat pencapaian yang tertinggi di seluruh Negara.

Di hospital Chong Hhua, dia telah dianugerahkan Doktor P.G.I yang terbaik. Beliau sudah berperanan sebagai “Resident Doctor” di Hospital Chong Hua semasa beliau ditugaskan untuk menjaga saya di ICU dari mula sehinggalah saya terbangun tiga hari kemudian. Disebabkan dia tidak dapat tidur, maka dia memasuki seminari untuk menjadi paderi dan kini dia telah menjadi seorang paderi.

Dari bulan Mac 1993 sehingga sekarang, Yesus sentiasa muncul dalam mimpi saya. Perkara ini juga telah diterima oleh pihak gereja tempatan kami. Pembimbing Rohani saya ialah Monsignor Christ Garcia dan beliau merupakan salah salah seorang daripada paderi-paderi yang kudus di Cebu yang memiliki anugerah dari Tuhan. Beliau mempunyai anugerah berbicara secara dalaman, bererti beliau boleh bercakap dengan Yesus secara batin, tetapi beliau tidak boleh melihat Yesus. 

Tetapi Yesus muncul kepada saya dalam mimpi , di mana saya boleh melihat-Nya, di mana saya boleh bercakap dengan-Nya, di mana saya boleh menyentuh-Nya, di mana saya boleh memeluk-Nya. Dan apa yang terbaik buat kami, setiap kali Yesus muncul kepada saya, Dia juga memberitahu kepada pembimbing rohani saya tentang pesan yang sama, maka itu adalah satu pengesahan. Sebab itulah, di mana saja saya pergi, saya mendapat restu dari gereja.

Pada masa penyiasatan juga, para doktor bertanya kepada seorang paderi, “Dari manakah darah itu datang kerana tidak ada sebarang kesan luka dan mengapakah saya tidak kekurangan darah kerana darah yang keluar dari mulut saya mengalir berterusan untuk bebarapa jam . Seterusnya, mengapa tanpa penambahan darah, saya masih dapat bangun seperti biasa.” Maka paderi tersebut berdoa dan selepas berdoa, jawabanya ialah darah yang mengalir keluar dari mulut saya itu adalah pemurniaan. Saya mesti dibersihkan kerana saya akan menghadap Tuhan.

Mereka juga bertanya kepada saya,kenapa engkau?Kenapa Yesus memilih engkau? Jawapan saya kepada mereka ialah mungkin kerana saya tidak ada apa-apa , mungkin kerana saya tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan kecuali dosa-dosa saya.

Sebab itulah, apabila saya berbicara dengan Tuhan, Tuhan-ku, Allah-ku, kenapa saya? Saya ini seorang yang berdosa, saya ini orang yang sangat berdosa, ramai lagi orang yang lebih layak daripada saya. Kenapa saya? Yesus menjawab: Engkau tidak dapat menghargai keindahan belas kasihan-Ku kecuali engkau mengalami kesengsaraan dosa”. Dengan itu, saya menerima misi saya itu.

Ramai orang juga datang kepada saya, oleh itu saya bertanya kepada Tuhan, Tuhan-ku, Allah-ku, Ramai orang datang kepadaku, dan memberitahu masalah mereka, apakah yang harus ku lakukan? Yesus menjawab “Biarkan mereka berdoa Rosari Kerahiman Ilahi itu tanpa henti dan mereka akan dibimbing”.
Disebabkan terdapat banyak mukjizat yang terjadi melalui doa Rosari Kerahiman Ilahi ini, kini di Filipina doa ini sangat terkenal, bukan sahaja di kalangan umat Katolik tetapi juga di kalangan umat gereja dari denominasi-denominasi lain. Salah satu daripada contoh mukjizat tersebut terjadi terhadap pembimbing rohani saya, Monsignor Christ Garcia semasa dia mengalami strok ringan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital dan doktor memberitahu bahawa beliau menghidap barah otak serta jangkitan virus didalam otak. Dia tidak dapat membuka mata sebab terlalu sakit.

Kami pergi ke Hospital dan berdoa Rosari Kerahiman Ilahi bersama-sama dengannya. Beberapa minit kemudian, msgr. Cris berdiri dan kami dapat berbual dengannya. Selepas beberapa minit seterusnya, dia meminta computer ribanya. Oleh itu, kamu boleh melihat sendiri kuasa doa Rosari Kerahiman Ilahi tersebut.
Keesokan harinya, kami berdoa Rosari Kerahiman Ilahi lagi bersama Msgr. Crist Garcia. Selepas berdoa, doktor memeriksa beliau sekali lagi dan mendapati semuanya negetif. Pada hari ketiga, beliau keluar dari hospital tersebut seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Lihatlah kuasa doa Rosari Kerahiman Ilahi itu.
Mukjizat seterusnya berlaku terhadap keluarga seorang ketua Kerahiman Ilai di Katipunan Dipolog, Filipina. Isterinya sakit pada waktu awal pagi dan mereka memmbawanya ke hospital. Setelah itu, doktor memberikan preskripsi untuk membeli ubat tetapi pada masa itu, dia tidak mempunyai wang. Maka dia terpaksa menjual babi peliharaannya dan pembeli itu pun membayar harga babi tersebut tetapi pembeli itu mengatakan bahawa dia hanya akan mengambil babi tersebut pada keesokan hari. Tetapi pada petang itu, babi itu tiba-tiba tidak mahu berdiri dan tidak mahu mahu makan.

Dia menjadi sangat bimbang kerana sekiranya sesuatu terjadi ke atas babi itu, mereka akan bermasalah kerana mereka telah pun membelanjakan wang tersebut untuk membeli ubat. Oleh itu, dia memanggil semua anak-anaknya dan menerangkan kepada mereka keadaan sebenarnya dan meminta mereka untuk berdoa Rosari Kerahiman Ilahi untuk babi itu. Mereka pun mula berdoa dan semasa berdoa Rosari Kerahilam Ilahi, semua anak-anaknya tertawa kerana mereka mengatakan bahawa adalah lebih baik berdoa Rosari Kerahilam Ilahi untuk seseorang daripada berdoa untuk seekor babi.

Dia menerangkan sekali lagi kepada mereka dan mengulangi penerangannya kepada anak-anaknya. Kali ketiga mereka berdoa, kesemua anak-anaknya berdoa dengan bersungguh-sungguh. Selepas mereka selesai berdoa Rosari Kerahilam Ilahi, babi itu tiba-tiba berdiri dan salah seorang daripada anaknya berlari untuk memberikan makanan untuk babi tersebut. Babi itu memakan kesemua makanan itu. Ini pengajaran disini ialah sekiranya Yesus mendengar doa kita untuk seekor babi, lebih- lebih lagi sekiranya kita berdoa Rosari Kerahilam Ilahi untuk seorang manusia.

Mukjizat juga terjadi terhadap seorang ketua kumpulan Kerahilam Ilahi yang lain di Filipina. Dia mempunyai beberapa ekar sawah padi tetapi kerana dia seorang yang meskin, dia tidak mampu membeli baja dan racun serangga. Maka, apa yang dilakukan olehnya setiap pagi ialah dia berjalan-jalan di sekitar sawah padinya sambil berdoa Rosari Kerahilam Ilahi, setiap hari , setiap pagi, setiap petang. Pada masa menuai, kesemua jiwannya merasa hairan kerana hasil tuaiannya lebih banyak daripada mereka yang menggunakan baja dan racun serangga. Maka dengan itu, lihatlah mukjizat Rosari Kerahilaman Ilahi.

Saya bertanya kepada Tuhan, Tuhanku, Allahku, apakah dosa-dosa yang tidak yang dapat Engkau ampuni? "Yesus berkata, "Semua dosa dapat diampuni kecuali sekiranya engkau menolak untuk percaya bahawa dosa itu masih dapat diampuni.". Kerana Yesus menyatakan bahada dengan menolak belas kasihanNya, kita juga menolak untuk mempercayai bahawa Dia adalah Tuhan. Sebab itulah Yesus berkata, Sebelum Aku datang sebagai Hakim yang adil, Aku akan membuka Pintu Kerahiman Ilahi-Ku, harus melalui Pintu Kehakiman-Ku.

Setelah membuka pintu Kerahiman Ilahi itu untuk beberapa lama, Yesus akan menutup Pintu Kerahiman IlahiMua dan apabila Dia sudah menutup Pintu Kerahiman Ilahi itu, Dia akan membuka Pintu KehakimanNya. Sekiranya Dia membuka Pintu KehakimanNya, siapakah yang dapat masuk ke syurga? Bilamana syurga itu hanya untuk yang suci? Bilamana syurga itu hanya untuk yang bersih, Dan siapakah yang bersih? Dan siapakah yang suci? Kita adalah pendosa. Kita semua tidak bersih. Kita hanya dapat memasuki syurga melalui belas kasihanNya. ,melalui cinta kasih-Nya. Tanpa belas kasihan Tuhan, tanpa Cinta kasih Tuhan, adalah sangat sukar untuk memasuki syurga.

Sebab itulah Yesus juga sekarang merayu kepada kita untuk keluar dan menyebarkan belas kasihanNya, melalui cinta kasih-Nya yang tidak terselami itu. Tetapi Yesus juga berkata, "Menyebarkan Kerahiman-Ku tidak sahaja tidak mencukupi, engkau hendaklah mempraktikan belas kasihan. Bagaimana? Dengan hidup sebagai contoh terhadap belas kasihan-Ku. Dan saya akan menutup kesaksian ini dengan kata lain dari Yesus apabila Dia berkata kepada saya "Sesiapa yang menyelamatkan jiwa orang lain, dia juga menyelamatkan diri sendiri".

SESI KEDUA PERKONGSIAN
Kita akan mengadakan soal jawab. Saya tidak akan dibenarkan oleh pihak gereja untuk berdoa ke atas seseorang, melakukan penyembuhan atau menumpang tangan ke atas seseorang, melakkan penyembuhan atau menumpang tangan kepada sesiapaun kerana Kardinal Vidal mengatakan bahawa saya seharusnya hanya melakukan penyebaran. Beliau berkata, terdapat sebilangan orang-orang yang diberi karunia penyembuhan, mereka akan meneruskan penyembuhan mereka tetapi memang tidak dapat dielakkan bahasa semasa perkongsian saya, ramai sekali orang-orang sakit yang menghadirinya. Oleh itu, Kardinal Vidal menyarankan agar sesi penghormatan Imej Kerahiman Ilahi diadakan supaya orang-orang yang sakit dan mempunyai masalah akan dapat meminta penyembuhan mereka terus daripada Yesus, bukan melalui saya kerana saya ini hanya seorang manusia biasa.

Semasa itulah Imej Kerahiman Ilahi tersebut menjadi imej mukjizat yang sudah banyak menyebabkan penyembuhan terjadi dengan serta - merta. Kadangkala semasa saya memberikan kesaksian, orang ramai melihat cahaya keluar dari badan imej Yesus itu. Disebabkan cahaya mempunyai haba dan haba tersebut memusnahkan plastik itu.

Maka sebab itulah terdapat riak-riak pada imej Yesus itu. Kejadian Imej Yesus mengeluarkan cahaya ini telah dilihat oleh ramai umat dan kadangkala umat mengatakan Yesus keluar daripada bingkai gambar.
Mereka juga mengatakan bahawa setiap kali Yesus keluar dari bingkai itu, bingkai tersebut kelihatan kosong. Mereka juga mengatakan bahawa setiap kali Yesus keluar dari bingkai gambar itu, bingkai gambar itu kosong. Dan ini bukan sahaja berlaku di Filipina tetapi i anya juga b erlaku di Hong Kong, Macam, Tanah Besar China, Jepun, New York, New Jersey, Washington D.C, Pensylvania Chicago, Dakota Utara, Texas, Alabama, George keseluruhan Amerika utara dan kanada, Mexico dan Brazil. Ianya juga berlaku di Eropah teruama sekali di Ireland, England, Perancis, Czechoslovakia, Switerzeland, Germany, Poland, Italy dan di Vatican.

Saya juga telah memberi kesaksian saya di Vatikan di hadapan para kardinal dan uskup agung dari seluruh dunia dan mereka juga melihat Yesus keluar dari bingkai gambar. Ini bererti bahawa semasa penghormatan imej (Menunjukkan hormat penghargaan) Yesus benar-benar hadir. Oleh itu, semasa penghormatan imej , berbicaralah denganNya dan mintalah apa sahaja yang kamu inginkan keran sekiranya permohonan kamu itu menurut kehendakNya, Dia pasti akan memberikan kepada kamu. Tidak ada yang mustahil bagi Tuhan, tidak ada yang mustahil bagi Tuhan. Selepas membuat penghormatan kepada Yesus, kamu hendaklah pergi kepada Bonda Maria kerana Bonda Maria, maka tiadalah Yesus. Sebab itulah di mana sahaja Anak berada, Bonda juga ada di sana. Di mana sahaja Bonda Maria berada, Anak juga berada di sana.

Nota: Siri kesaksian ini bertarikh pada pertengahan tahun 2009

WAWANCARA BERSAMA BOTHER STANLEY VILLAVICENCIO
Soalan: Bolehkah kita mengaku dosa terus kepada Tuhan dan tidak lagi kepada paderi
Jawaban: Ada tertulis didalam Kitab Suci bahawa sesiapa yang dosanya diampuni di dunia akan diampun di syurga. Sesiapa yang dosanya tidak di ampuni didunia, tidak akan diampuni di syurga. Sekiranya kita percaya Kitab Suci itu adalah firman Tuhan, kita mesti mentaati Kitab Suci. Sebenarnya, di mana sahaja saya pergi, ramai yang bertanya kepada saya. "Brother, bolehkah kami pergi mengaku dosa terus kepada Tuhan tanpa melalui paderi-paderi kerana para paderi juga adalah manusia biasa, mereka juga berdosa, sebab itulah ada baiknya untuk pergi terus kepada Tuhan?

Maka saya bertanya kepada kamu sekarang, pada pendapat kamu, adakah paderi boleh berbuat dosa atau tidak? Mereka berkata, yang sebenar-benarnya, paderi tidak dapat melakukan dosa. Paderi tidak dapat melakukan dosa kerana nama paderi itu hanyalah gelaran, sama seperti doktor , peguam kerana nama paderi boleh berbuat dosa atau tidak? Mereka berkata ya, pada paderi juga berbuat dosa tetapi sebenarnya, paderi tidak dapat melakukan dosa. Paderi tidak dapat melakkan dosa kerana nama paderi itu hanyalah gelaran, sama seperti doktor, peguam atau jurutera.

Bagaimana gelaran boleh melakukan dosa? Orang yang menjadi paderi itulah yang melakukan dosa. Oleh itu, janganlah kita memandang mereka sebagai diri mereka. Marilah memandang mereka sebagai paderi. Marilah kita memandang mereka sebagai paderi.

Mengapa kita pergi ke gereja? Kita pergi ke gereja supaya kita boleh menerima berkat. Apabila kita memasuki gereja, dan kita melihat paderi sebagai diri mereka sendiri dan bukan sebagai paderi, maka kita sudah berbuat dosa. Kita sepatutnya menerima berkat tetapi di sebaliknya kita kehilangan berkat.
Inilah yang berlaku dalam pengakuan dosa. Dalam pengakuan, paderi tersebut tidak berkata, "Dalam nama Monsignor Cris dosa-dosa kamu diampuni, Tidak. Dia akan berkata... "Dalam nama Bapa, Putera dan Roh Kudus..". Ini bermakna, syurgalah yang mengampuni, bukan diri seseorang yang menjadi paderi itu. Maka janganlah kita memandang mereka sebagai diri mereka tetapi lihatlah mereka sebagai paderi.

Contoh terbaik untuk itu ialah sebatang penyapu. Apakah tanggapan kamu terhadap penyapu, ianya bersih atau kotor? Mereka akan mengatakan.. Kotor! Maka saya akan bertanya bahawa sekiranya kotor, mengapakah kamu menggunakannya untuk membersihkan kotoran? Mengapa kamu menggunakannya untuk menyapu sampah sedangkan kamu katakan penyapu yang kotor? Mengapa kamu membersihkannya untuk membersihkan kotoran? Mengapa kamu menggunakannya untuk menyapu sampah sedangkan kamu mengatakan ianya kotor? Inilah yang terjadi kepada seseorang yang menjadi paderi. Walaupun dirinya berdosa, walaupun dia kotor, dia tetap digunakan oleh Tuhan untuk membersihkan jiwa-jiwa kita. Oleh itu, adalah sangat perlu bagi kita mengaku dosa dengan paderi. Kita benar-benar perlu mengaku dosa dengan paderi.

Soalan: Apakah pesanan Tuhan Yesus kepada semua paderi?
Jawaban: Yesus berkata, "TOlong gandakan doa kamu untuk para paderi yang-Ku sangat kasihi kerana mereka adalah permata yang sangat berharga bagi-Ku. Walaupun sebahagian daripada mereka menyebabkan hati-Ku berdarah, Aku tetap memberkati mereka berlimpah-limpah setiap masa dan selama-lamanya, lebih-lebih lagi kalau mereka duduklebih lama didalam tempat pengakuan dosa. Yesus juga berkata "Di dalam tempat pengakuan dosalah belas kasihan mengalir dengan banyak sekali melebihi semua dosa-dosa yang yang dilakukan oleh setiap insan yang hidup." Maka, disinilah kita dapat menyedari betapa pentingnya pengakuan dosa.

Soalan: Gereja Kristian dari aliran lain, memberi komen bahawa doa - doa Katolik adalah berulang-ulang. Apakah pendapat kamu dalam soal ini?

Jawaban: Pada suatu maasa, saya memberikan kesaksian saya kepada para pekerja di sebuah syarikat yang besar. Masalah yang saya hadapi ialah para pekerja syarikat itu mempunyai agama yang berbeza-beza. Pada mulanya , kami berdoa rosari untuk Bonda Maria, kemudian kamu berdoa Rosari Kerahilan Ilahi dan selepas itu penerangan, kesaksian dan soal jawab.

Semasa sesi soal jawab, mereka yang beragama krisitian dari aliran lain berdiri dan berkata, "Brother Stanley, mengapakah doa kamu diulang-ulang? Bukankah doa rosari kamu diulang-ulang, doa Rosari Kerahiman Ilahi kamu diulang-ulang? Dan kemudian, mereka menghadap hadiran lain dan berkata.."Tidakkah kamu mendengar doa-doa mereka? Semuanya diulang-ulang! Dan kemudian mereka menghadap hadirin lain dan berkata.."Tidakkah kamu mendengar doa-doa mereka? Semuanya diulang-ulang! Seolah-olah mereka cuba menimbulkan rasa tidak puas hati kepada semua hadirin. Dengan itu, saya mula merasa marah dan saya bertanya kepada mereka.

Ada sesuatukah di dunia ini yang tidak diulang-ulang? Tidakkah kamu makan setiap hari? Tidakkah kamu membuang air besar setiap hari? Tidakkah kamu minum setiap hari? Tidakkah kamu membuang air kecil setiap hari? Tidakkah kamu tidur setiap hari? Tidakkah kamu bangun dari tidur setiap hari? Semua yang ada di dunia ini adalah berulang-ulang. Hanya satu yang tidak berulang-ulang. Kita hanya mati sekali sahaja, kecuali kalau Dia menghantar kita balik dengan tujuan tertentu tetapi selain daripada itu, semuanya berulang-ulang. Bukankah kamu bernafas berulang-ulang? Mahukah kamu kalau saya menghentikannya? Mereka tidak dapat menjawab.

Sebenarnya, semua yang ada di dunia ini adalah berulang-ulang. Matahari datang kembali, kegelapan datang kembali, hujan datang kembali, ribut taufan datang kembali, semua yang ada di dunia ini datang kembali. Oleh itu, sekiranya seseorang bertanya kepada kamu, mengapa doa-doa kita diulang-ulang? Mahukah kamu kalau saya menghentikannya? Ada juga seorang yang beragama kristian dari aliran lain berdiri dan berkata, Brother Stanley, mengapakah orang katolik tidak berasa malu? Kamu katolik, kamu berbuat dosa dan kemudian setelah berbuat dosa, kamu pergi mengaku dosa dengan paderi. Selepas kamu mengaku dosa, kamu berbuat dosa lagi, dan kamu kembali lagi mengaku dosa dengan paderi. Adakah kamu tidak merasa malu? Muka-muka kamu adalah seperti muka tembok dan kamu benar-benar tidak merasa malu, "Maka saya memberitahunya, Brother, bagi kau okey kerana kau bukan Katolik tetapi bagi kami Katolik, kami mempunyai sakramen-sakramen dan mengaku dosa ada termasuk dalam sakramen-sakramen tersebut.
Oleh itu, setiap kali kami berbuat dosa, kami kembali kepada paderi untuk mengaku dosa. Tetapi kamu tidak mempunyai sakramen, oleh itu, kamu tidak bermasalah. Tetapi kemudian dia berkata, Tidak, lebih baik kamu tidak mengaku dosa sebab sama sahaja kamu berbuat dosa lagi, maka lebih baik kamu tidak pergi mengaku dosa.

Saya merasa marah maka saya memberitahunya, "Brother, kalau itulah prinsip kamu, inilah yang kamu harus buat. Apabila kamu membuang air besar, jangan cuci sebab kamu harus buat. Apabila kamu membuang air besar, jangan cuci sebab sama sahaja, kamu akan membuang air besar lagi. Mengapa kamu harus mencucinya? Sekarang mari kita lihatlah siapakah yang sangat berbau?

Soalan: Adakah penyelamatan hanya untuk orang Katolik sahaja? Bagaimana dengan agama lain? Bolehkah mereka diselamatkan?

Jawaban: Sebenarnya, penyelamatan itu adalah hadiah percuma dari Tuhan. Ini bermakna kita tidak boleh membeli penyelamatan. Dan sekiranya kita taat kepada Tuhan, Dia ingin membawa semua orang masuk ke syurga. Jika kehendakNya diikuti, Dia mahu semua orang memasuki syurga.

Walaubagaimanapun, manusia itulah yang mengelak ke syurga. Kerana manusia amat mencintai kehidupan duniawi dan kerana keseronokan dunia melakukan dosa, terus membuat dosa, seronok melakukan dosa dan malahan memberi alasan untuk berdosa. Ini bererti, manusialah yang mengelak syurga. Sebenarnya, agama tidak menyelamatkan kita. Agama hanya boleh membimbing kita kepada penyelamatan. Apa yang akan menyelamatkan kita bukanlah agama tetapi kita sendiri yang dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Bererti penyelamatan bukan dalam agama.

Saya tidak percaya bahawa hanya orang-orang Katolik sahaja yang akan diselamatkan. Ramai orang-orang Katolik yang juga berbuat jahat. Dengan itu, agama tidak menyelamatkan kita. Penyelamatan bergantung kepada bagaimana kita dapat melaksanakan kehendak Tuhan.

Bagaimanapun, di antara banyak agama yang ada sekarang, hanya Gereja Roman Katolik sahaja yang percaya dengan pengampunan dosa sebab lain-lain agama tidak percaya terhadap pengampunan. Sebenarnya, Gereja Roman Katolik menawarkan dua bentuk pengampunan. Pertama, ialah yang dipanggil pengampunan sepenuhnya (Plenary Indulgence) dan yang satu lagi pengampunan separa (Partial Indulgence). Yesus menerangkan kepada saya erti sebenar pengampunan sepenuhnya. Yesus berkata "Pengampunan sepenuhnya adalah penghapusan semua hukuma dosa-dosa yang telah diampuni".

Apabila kita mengaku dosa kepada paderi, dosa-dosa kita diampuni tetapi hukuman terhadap dosa-dosa kita tetap ada. Sebab itulah, apabila seseorang itu meninggal dunia, dia tidak akan masuk ke syurga. Dia akan pergi ke api penyucian untuk membayar hukuman atas dosa-dosanya. Selepas membayar hukuman dosa-dosa, b arulah dia dapat memasuki syurga. Tetapi sekiranya seseorang itu menerima pengampunan sepenuhnya, apa sahaja yang berlaku dengannya, dia akan terus ke syurga sebab "Plenary bermaksud sepenuhnya atau sempurna".

Contoh terbaik tentang pengampunan sepenuhnya ialah perayaan Pesta Kerahiman Ilahi. Rahmat yang kita terima semasa Pesta Kerahiman Ilahi itulah yang gereja kita terima semasa Pesta Kerahiman Ilahi itulah yang gereja kita kenali sebagai pengampunan sepenuhnya.

Contohnya, hari ini adalah Hari Pesta Kerahiman Ilahi dan kita harus mengaku dosa , mengikuti Misa Kudus dan menerima Tubuh Kristus. Sebenarnya didalam Diari Santa Fausina, kita harus mengaku dosa, mengikuti Misa Kudus dan menerima Tubuh Kristus di hari Pesta Kerahiman Ilahi. Tetapi Kardinal Vidal memberitahu adalah mustahil bagi semua orang mengaku dosa pada masa dan hari yang sama kerana kita mempunyai jumlah paderi yang sedikit, maka belia memberitahu bahawa sekiranya kita mempunya dosa mortal (Dosa besar) , kita mesti mengaku dosa.

Sekiranya kita hanya mempunyai dosa-dosa kecil sahaja, kita boleh m enghadiri misa Kudus dan mempersembahkan dosa-dosa kecil kita itu semasa di Misa Kudus, terutama sekali semasa paderi memberkati Tubuh dan Darah, dan dosa-dosa berserta hukumannya dihapuskan. Maka sekiranya kita menerima Tubuh Kristus, kita sudah berada dalam keadaan yang dirahmati.
Dalam contoh yang lain, andaikan hari ini adalah Pesta Kerahiman Ilahi dan seseorang itu menerima pengampunan sepenuhnya. Dia hidup sehingga keesokan hari dan berbuat dosa lagi. Apapun yang terjadi kepadanya, dia hanya membayar hukuman dosa-dosa yang sangat kecil (Hukuman dosa-dosa yang dilakukan selepas Pesta Kerahiman Ilahi). Maka Pesta Kerahiman Ilahi ini adalah rahmat yang luar biasa. Ini adalah satu contoh pengampunan sepenuhnya.

Pengampunan sebahagian pula bermaksud setengah atau separa. Pengampunan separa adalah apa sahaja perbuatan baik yang dilakukan, misalnya menghadiri misa kudus, Novena, Rosari, Rosari Kerahiman Ilahi, amal belas kasih secara jasmani dan rohani. Mari kita mengambil contoh roh Pedro. Dia berada di api penyucian untuk membayar hukuman dosa-dosanya.

Misalnya, roh Pedro mesti berada di api penyucian selama 50 tahun. Disebabkan kamu menyayangi Pedro, maka kamu selalu mempersembahkan rohnya dalam misa kudus, Novena untuk rohnya, rosari, Chaplet, amal belas kasih secara jasmani dan rohani.

Dan semuanya kamu persembahbkan untuk roh Pedro. 50 tahun tersebut akan dikurangkan kepada 10 tahun atau 5 tahun, bergantung kepada Tuhan kita. Sekiranya kamu harus mempersembahkan Misa Kudus dan Novena untuk rohnya, maka hukumannya akan dikurangkan sehingga ianya dihapuskan sepenuhnya. Sekarang roh Pedro boleh memasuki syurga. Sekiranya roh Pedro memasuki syurga, dia tidak akan melakukan apa-apa selain daripada mendoakan kamu. Maksudnya, kamu masih lagi hidup tetapi kamu sudah mempunyai wira-wira yang mendoakan kamu di syurga.

Inilah yang membezakan agama kita dengan agama-agama yang lain. Walaupun penyelamatan di tawarkan untuk semua tetapi bagi agama yang lain, mereka harus melalui jalan yang lebih panjang. Mereka harus melalui jalan yang lebih panjang kerana mereka tidak percaya kepada pengampunan. Sekiranya kamu memerhatikan pada hari memperingkati para arwah, hanya penganut katolik sahaja yang pergi ke tanah perkuburan.

Agama-agama yang lain, sekiranya seseorang itu sudah mati, dia tetap mati, noktah. Ianya adalah seperti kompleks membeli belah. Sekiranya kamu tidak membeli banyak , kamu akan membayar lebih banyak dan kamu akan membayar di kaunter biasa. Tetapi sekiranya kamu membeli sedikit, ini bererti kamu akan membayar sedikit dan kamu akan membayar di kaunter express. Di kaunter express itu umpama Gereja Roman Katolik. Maksudnya, agama kita adalah yang terpentas masuk ke dalam syurga. Maksudnya, agama adalah jalan yang paling singkat untuk masuk ke syurga. Oleh itu, kamu hendakjlah berbangga menjadi katolik! Kamu mesti berbangga menjadi seorang katolik.

Soalan: Bagaimana pula dengan meminum arak, apa pendapat mu?

Jawaban: Meminum arak bukanlah satu dosa. Meminum arak menjadi satu dosa apabila seseorang itu menjadi mabuk, tidak tahu apa yang diperkatakan tidak sedar apa yang kamu lakukan, sebab itulah kamu berdosa. Maka itu, meminum arak bukanlah satu dosa. Ianya satu dosa apabila kita menjadi mabuk.
Soalan: Ramai dari gereja denominasi lain percaya adanya syurga dan neraka tetapi mereka tidak p ercaya adanya api penyucian. Bagaimana engkau menerangkan api penyucian seperti yang difahami oleh Katolik?
Jawaban: Tuhan Yesus berkata, kita hanya ada dua pilihan, syurga dan neraka tetapi api penyucian itu adalah sebahagian daripada syurga. Api penyucian memang benar-benar wujud dan Tuhan Yesus mengatakan bahawa api penyucian itu adalah sebahagian daripada syurga."

Ianya hanya tempat untuk pembersihan kerana syurga itu hanya untuk yang suci. Syurga itu hanya untuk orang yang tidak berdosa dan tiada sesiapa pun yang tidak berdosa kerana kita semua adalah orang yang berdosa. Sebab itulah api penyucian itu benar-benar wujud. Saya tidak hanya memberi kesaksian kepada Katolik sahaja, saya juga memberi kesaksian kepada orang-orang yang beragama lain dan mereka tidak percaya terhadapi api penyucian.

Sebab itulah saya menerangkan kepada mereka apa yang berlaku. Misalnya sebiji paku mewakili dosa. Hanya sebagai contoh di mana sebiji paku mewakili dosa dan apabila kita berbuat dosa , paku tersebut dipaku ke dinding. Apabila kita mengaku dosa kepada paderi, dosa kita diampuni. Dan kerana dosa kita diampuni, paku itu dicabut keluar daripada dinding tersebut tetapi apabila paku tersebut dicabut keluar, kerana paku itu mewakili dosa, lubang pada dinding masih jelas kelihatan.

Maksudnya, lubang paku itu mewakili kerosakan yang disebabkan oleh dosa kita dan ini harus dibayar di dalam api penyucian. Maksudnya, dosa kita diampuni tetapi kerosakan yang disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan harus dibayar.

Cotoh yang lain ialah selepas Pope John Paul II ditembak dan meninggalkan hospital setelah sembuh, perkara pertama yang dibuatnya ialah melawat penjara untuk mengampuni lelaki yang menembaknya. Beliau mengampuni, malahan memeluknya tetapi ini bererti lelaki yang telah diampuni akan dibebaskan dengan serta merta dari penjara. Tidak! Dia akan tetapi tinggal di dalam penjara untuk membayar hukuman kerana dosanya.

Soalan: Adakah roh orang yang sudah meninggal dunia wujud?

Jawaban: Memang wujud. Memabg benar kita mempunyai roh. Sebenarnya, roh-roh tersebut boleh mendoakan orang yang masih hidup tetapi mereka tidak boleh mendoakan untuk diri mereka sendiri. Orang yang masih hidup boleh mendoakan diri mereka sendiri , mereka juga boleh mendoakan orang lain yang masih hidup dan juga roh-roh di api penyucian.

Disebabkan roh-roh di api penyucian tidak dapat mendoakan diri mereka sendiri, maka sebab itulah adanya roh-roh. Mereka membuat kita merasai kehadiran mereka kerana mereka memerlukan bantuan kita, mereka tidak dapat mendoakan diri mereka sendiri tetapi mereka ini tidak berbahaya kerana mereka hanyalah roh-roh. Mereka membuat kita merasai kehadiran mereka kerana mereka memerlukan bantuan kita kerana mereka tidak dapat mendoakan diri mereka sendiri.

Oleh itu, sekiranya ada roh , segeralah beritahunya supaya tidak menakut-nakutkan kamu sebab sekiranya mereka menakutkan kamu, kamu tidak akan mendoakan mereka. Saya yakin roh ini akan berasa takut kerana hanya doa dari kita yang sangat dikehendaki olehnya.

Kadang-kala kita bermimpi tentang saudara mara dan kawan kawan kita yang sudah meninggal dunia, mereka memerlukan bantuan doa dari kita. Oleh itu, kalau kamu bermimpi seseorang yang sudah meninggal dunia, kamu hendaklah selalu mempersembahkan Misa Kudus untuk mereka agar mereka dapat memasuki syurga dengan cepat. Apa yang menarik disini ialah sekiranya mereka memasuki syurga disebabkan oleh doa kamu, sebagai penghyargaan, mereka tidak akan melakukan apa-apa selain daripada berdoa untuk kamu. Maksudnya, kamu masih lagi hidup tapi kamu sudah mempunyai wira-wira syurga yang sentiasa mendoakan kamu. Kamu seharusnya pembih pemurah kepada mereka. Kamu perlu mempersembahkan Misa Kudus untuk mereka bagi mempercepatkan kemasukan mereka di syurga. Ini bererti, kita bukan hanya mempunyai jasmani tetapi juga mempunyai roh.

Kita bukan sahaja harus menyayangi badan kita tetapi juga roh kita. Kita perlu mempunyai kehidupan yang seimbang. Apa yang kita lakuan terhadap badan kita? Kita selalu memandikan diri kita, kita membersihkan diri kita dengan sabun yang wangi , memberus gigi , memakan vitamin, memakan makanan yang baik dan meinuman minuman yang berkhasiat untuk badan kita yang sementara saja. Apabhila kita meninggal dunia, siapakah yang menjadi sihat? Tanah dan cacing-cacing sahaja tetapi roh kita hidup untuk selama-lamanya.
Sekiranya kamu mencintai badan kamu, kamu mesti juga mencintai roh kamu. Kamu mesti mempunyai kehidupan yang seimbang. Sekiranya kita menjalankan perniagaan dan kewangan kita tidak seimbang, ini bermakna kita rugi. Begitu juga dengan kehidupan kita. Sekiranya hidup kita tidak seimbang, kita akan rugi dan sekiranya kamu rugi, ini bermakna roh kita akan masuk ke dalam neraka. Sebab itulah kita mencintai badan kita, kita juga seharusnya mencintai roh kita.

Soalan: Engkau memberitahu kamu supaya berdoa bagi menakluki diri kami. Bagaimana engkau berdoa? Bolehkan engkau kongsikan kepada kami cara engkau berdoa?

Jawaban: Apabila saya berdoa, saya menjadikannya seolah-olah ianya adalah doa saya yang terakhir. Sebab sekiranya saya berfikira bahawa saya berdoa sekarang, esok saya akan berdoa lagi dan lusa saya akan berdoa lagi. Saya tidak akan memberikan segala-galanya. Tetapi sekiranya kamu berdoa seolah-olah ianya adalah doa yang terakhir. Kamu akan memberikan segala-galanya kerana Yesus berkata, "Aku memerlukan doa yang berkualiti bukan kuantiti". Dia tidak memerlukan doa yang terlalu panjang. Apa yang Dia perlukan ialah doa, walaupun doa yang pendek, asalkan ianya datang dari hati, sudah tentu doa tersebut akan mencapai ke syurga.

Soalan: Apakah makna imej Kerahiman Ilai? Adakah Yesus menerangkannya kepada anda?
Jawaban: Yesus menerangkan kepada saya Imej Kerahiman Ilahi. Di belakang imej itu, adanya sebuah pintu dan Yesus berkata, "Akulah pintu dan tidak ada sesiapa yang boleh memasuki syurga tanpa melalui Aku"..... Ini bermaksud, Dia sendiri adalah pintu ke Syurga. Tidak ada sesiapapun boleh memasuki syurga tanpa melalui-Nya kerana Dia adalah pintu ke syurga.

Dia sendiri adalah pintu ke Syurga. Tidak ada sesiapapun boleh memasuki Syurga tanpa melalui-Nya kerana Dia adalah pintu ke syurga. Kemudian Yesus berkata cahaya putih mewakili sakramen pengampunan di mana ianya adalah untuk membersihkan jiwa kita.

Cahaya merah bermaksud Dia benar-benaer hadir dalam Ekaristi. Ini bermakna, Sakramen Maha Kudus yang kita sambut semasa penyambutan bukanlah roti biasa, Ianya adalah Tubuh dan Darah Tuhan dan Allah kita. Inilah sebabnya kita harus bersedia sebelum menyambutNya. Kita tidak hanya sekadar menerima dan terus menerima. Di bawah imej ada tertulis "Yesus, aku percaya kepadaMu"... Yesus mengatakan b ahawa ianya adalah tandatanganNya.

Sebab itulah Yesus mengatakan , sekiranya kamu percaya adanya Tuhan, kepercayaan sekadar 180% sahaja, Dia tidak menyukainya/ Tuhan kita hanya menyujai 100%. Tidak kurang dari itu. Sebab Yesus mengatakan bahasa dosa kerana tidak percaya adalah amat menyakit-Nya. Mari kita mengambil contoh kawan-kawan kita, sekiranya mereka tidak mempercayai kita, bukankah itu juga menyakiti kita? Sekiranya pasangan kita tidak mempercayai kita, bukankan itu menyakitkan?

Inikan pula dengan Tuhan pencipta kita. Dia sendiri yang menciptakan kita. Sekiranya kita tidak mempercayai-Nya, itulah yang sangat menyakitkanNya. Apa sahaja yang berlaku dengan kita, apa sahaja yang tidak kena dengan kita atau yang kurang dengan kita, kita harus balik kepada pencipta kita kerana Dia sahaja yang dapat memperbaiki kita. Oleh itu, kita harus kembali dan percaya kepadaNya.

Soalan: Apakah perbezaan di antara Devosi Hati Kudus dan Devosi Kerahiman Ilahi?

Jawaban: Apa yang berlaku pada saya, saya berpendapat bahawa Devosi Hati Kuduslah yang membawa saya hidup kembali. Pada masa ini, saya tidak mempunyai devosi kepada Kerahiman Ilai. Saya hanya menonton Kerahiman Ilahi dan doa jam 3 melalui TV tetapi lebih daripada itu, tidak ada tetapi saya adalah pengamal setia kepada Devosi Hati KUdus sejak usia masih muda. Sekolah kami di Negros bernama Akademi Hati KUdus. Guru saya ketika itu ialah seorang sister dan beliau dapat menerangkan kepada saya dengan jelas walaupun masa itu saya masih muda. Dia dapat menyakinkan saya supaya melakukan Devosi Hati Kudus. Saya terus mengamalkan Devosi Hati Kudus sehingga dewasa dan berkhawin di Cebu. Selepas saya berpindah ke Cebu, chapel di tempat kami tinggal ialah Chapel Hati Kudus. Maka, Devosi saya terhadap Hati Kudus berterusan.

Malangnya chapel itu adalah chapel yang sementara. Ianya didirikan pada musim perayaan dan selepas perayaan , ianya dibuka, disimpan dan didirikan semula pada musim perayaan untuk tahun hadapan. Selepas mereka memilih saya sebagai pengerusi pengerusi chapel itu, saya memberitahu hal ini kepada Kardinal Vidal bahawa saya dipilih untuk menjadi ketua chapel. Kardinal Vidal mengucapkan tahniah kepada saya. Saya sudah mengenali beliau sebelum kejadian itu berlaku terhadap saya.

Semasa saya bekerja di Avsecom di Lapangan terbang antarabangsa , Mactan, saya adalah orang yang selalu dihubungi di Lapangan Terbang oleh Keuskupan Agung Cebu. Saya dan Kardinal Vidal sudah mengenali saya sebelum kejadian itu berlaku. Selepas memberitahu Kardinal Vidal mengenai keadaan dan kedudukan sebenar chapel itu, Kardinal Vidal mengatakan bahawa sekarang ini adalah misi saya untuk membina chapel yang kekal.

Saya memberitahu semua ahli-ahli yang ada didalam chapel itu jika ada sesiapa yang dapat menyumbangkan lot tanah untuk saya membina chapel yang kekal. Saya percaya dapat membina chapel yang kekal melalui devosi saya kepada Hati Kudus Yesus. Yesus menerangkan bahawa Hati Kudus adalah bunga, belas kasih atau apapun kerahiman Ilahi adalah buahnya. Maksudnya, cinta kasih dan belas kasihan adalah seiringan. Sebab itu, walaupun kamu marah kepada pasangan ataupun dengan anak-anak, kamu masih mempunyai belas k asih dan rasa kasihan kepada mereka kerana kamu menyayangi mereka. Begitu juga dengan Tuhann. Betapa besar pun dosa kita, disebabkan Tuhan mencintai kita, maka Dia masih mempunyai belas kasihan kepada kita semua. Dengan itu, Kita tidak dapat memisahkan Hati Kudus dari Kerahiman Ilahi kerana cinta kasih dan belas kasihan adalah saling melengkapi di antara satu sama lain.

Soalan: Apakah p erbezaan di antara Devosi Kerahiman Ilahi daripada devosi-devosi yang lain?

Jawaban: Devosi dalam bahasa English bererti komitmen atau janji. Dalam bahasa Tagalog bererti Panata atau Pangako. Contohnya sekiranya kamu mempunya devosi kepada bayi Yesus yang kudus atau Santo, ini bererti kamu mempunyai komitment atau janji untuk mengadakan noverna berterus kepada santo Nino. Disebabkan kamu yang berjanji, maka ini dikatakan sebagai devosi manusia kepada Tuhan.

Dalam contoh yang lain, sekiranya kamu mempunyai devosi kepada Bonda Maria, ini bermakna kamu komited atau berjanji untuk melakukan novena berterusan kepada Bonda Maria dan ini bererti kamu mempunyai komitmen atau janji bahawa kamu berdoa rosari setiap hari. Manusia yang berjanji dikatakan sebgai devosi manusia ke syurga tetapi Devosi Kerahiman Ilahi adalah berbeza.

Ianya berbeza kerana tidak dapat ditemui di dalam Alkitab bahawa seseorang itu berbuat dosa, dia berjanji untuk balik kepada Tuhan. Tidak ada. Hanya Yesus sahaja berkata "Sebelum Aku datang sebagai hakim yang adil, Aku akan membuka luas pintu-pintu kerahiman Ilahi-Ku. Sebelum Aku datang sebagai hakim yang adil, Aku akan membbuka luas pintu-pintu belas kasihanKu".

Maksudnya, sebelum Dia kembali ke dunia, pertama sekali Dia akan membuka Pintu Kerahiman IlahiNya. Ia bukanlah devosi manusia kepada Tuhan tetapi Devosi Tuhan kepada manusia. Terpulanglah kepada kita samada kita menerimaNya atau tidak. Tetapi sekiranya semua orang mengambil kesempatan dari belas kasihanNya, tidak ada satu jiwa pun yang akan masuk ke dalam neraka, apapun imannya dan agamanya kerana belas kasihan Tuhan adalah untuk semua orang.

Belas kasihan Tuhan adalah untuk manusia. Sekiranya kamu membantu menyebarluaskan devosi Kerahiman Ilahi, kamu bukan sahaja dapa membantu saya, mahupun gereja tetapi kamu sebenarnya membantu Tuhan sendiri. Kamu membantu Tuhan sendiri kerana ini adalah DevosiNya sendiri, bukan Devosi kita.

Soalan: Dalam semua pesan Yesus yang diberikan kepada kamu, pada pendapat kamu, pesan apakah yang paling penting dan bertepatan dengan masa sekarang?

Jawaban: Yesus berkata "Mereka boleh menolak atau menerima belas kasihanKu tetapi Aku memberi kepastian bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas daripada penghakimanKu.

Soalan: Saya berdoa rosari setiap hari dan saya berdoa Rosari Kerahiman Ilahi setiap hari, saya menghadiri Misa KUdus setiap hari tetapi mengapa keluarga saya jauh dari Tuhan, walaupun saya memaksa mereka tetapi mereka tetap menolak?

Jawaban: Pada satu masa, seorang pengamal Kerahiman Ilahi dari Zamboanga pergi ke Cebu. Dia pergi ke rumah kami dan berkata, Brother, Bolehkan engkau mengajar kami bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sumpahan? Mereka ini mempunyai seorang nenek yang sering keluar dan masuk hispital sehinggakan pihak hospital tidak mahu menerimanya lagi. Kini nenek itu hanya berada di rumah sahaja . Kekayaan mereka hampir habis kerana mereka menjual kepunyaan mereka untuk mendapatkan wang hanya untuk menampung rawatan perbelanjaan nenek mereka sehingga pihak hospital tidak lagi mahu merawat nenek saya.

Nenek itu hanya tinggal di rumah dan bertarung nyawa lebih dar ipada 3 bulan namun sukar baginya untuk mati. Semua badannya penuh dengan ulat tetapi dia masih hidup. Satu dar ipada tangannya terangkat tetapi tidak ada seorang pun anak-anak dan cucunya menerima ikatan sumpahan itu kerana mereka tidak mahu ikatan sumpahan itu dipindahkan kepada mereka sebab sumpahan itulah yang menyebabkan nenek mereka sukar untuk mati dan dia bergelur dengan hidupnya lebih daripada 3 bulan.

Maka dia merayu kepada saya agar membantu mereka untuk memutuskan ikatan sumpahan itu. Saya mengajak untuk menunggu sehingga 3 petang dan bersama-sama berdoa jam 3 petang Doa Rosari Kerahiman Ilahi dan bertanya kepada Tuhan apa yang harus dilakukan.

Selepas berdoa, saya mengetahui daripada Tuhan untuk berdoa Rosari Kerahiman Ilahi 7-7 bagi memutuskan ikatan sumpahan itu. Ini bermakna, kita hendaklah berdoa Rosari Kerahiman Ilahi 7 kali dalam sehari selama 7 hari. Maksudnya kita bermula jam 7 pagi , selesai sehingga jam 7 malam , 9 pagi pagi, 11 pagi, 1 petang, 3 petang, 5 petang dan 7 malam. Maka saya menyuruhnya kembali ke Zamboaga dan berdoa chaplet 7-7 untuk nenek mereka.

Oleh kerana hampir semua saudara maranya ada di sana, maka saya memberitahu agar mengajak mereka semua berdoa bersama-sama doa 7-7. Mereka memberitahu saya bahawa pada hari yang ke - 7, iaitu semasa mereka berdoa Rosari Kerahiman Ilahi yang terakhir 7 malam, tiba-tiba seluruh badan nenek mereka bercahaya. Cahaya itu berputar dan paling terang .

Tangan nenek mereka turun dengan perlahan-lahan. Apabila tangannya turun ke bawah, cahaya itu berali ke mukanya. Muka nenek mereka menjadi sangat bercahaya. Sebelum itu, semasa nenek mereka dalam penderitaan, perjuangannya sangat sukar tetapi apabila wajah nenek mereka bercahaya dan dia tersenyum perlahan-lahan menutup mata dan dia meninggal dunia. Ini bererti ikatan sumpahan itu sudah terputus. Kamu harus berdoa Rosari 7-7 bagi memutuskan ikatan sumpahan. (Ikatan sumpahan termasuk kaki perempuan, kaki botol/pemabuk dan banyak lagi).

Soalan: Apakah nasihat anda berhubung dengan penyembuhan kepada Salasilah kelaurga (Family Tree)

Jawaban: Cara yang terbaik bagi penyembuhan kepada salasilah keluarga ialah melalui Misa Kudus. Semua nenek moyang keturunan kita yang telah meninggal dunia mesti masuk ke dalam syurga. Ada kata-kata yant mengatakan bahawa dosa nenek moyang keturunan kita akan beralih kepada keturunannya sehingga generasi ke - 4.

Maka untuk menghapuskan dosa itu, kita mesti membantu mereka masuk ke dalam syurga kerana apabila mereka masuk ke dalam syurga, doa apakah lagi yang akan kita warisi? Tidak ada! Oleh itu, kita tidak seharusnya kedekut untuk mendoakan mereka. Kita harus selalu m emberikan Misa Kudus kepada mereka. Dalam pemerhatian saya, kita yang masih hidup kini memberikan Misa Kudus 4 kali sahaja dalam setahun .
Pada masa hari jadi si mati, 

Hari ulang tahun dan hari memperingati Para Arwah dan pesta di tempat kita. Adalah sangat penting bagi kita untuk selalu memberi Misa Kudus kepada para arwah supaya mereka dapat masuk ke syurga dengan cepat. Apabila mereka sudah masuk ke syurga, tidak ada lagi dosa yang diwarisi. Oleh itu, cara yang terbaik untuk penyembuhan salahsilah keluarga ialah kita mesti selalu memberi misa Kudus kepada para arwah. Sekiranya mereka berada di syurga, mereka tidak akan berbuat apa-apa di syurga selain berdoa untuk kita kerana kitalah orang yang bertanggungjawab untuk membantu mereka masuk ke dalam syurga.

Soalan: Apakah kepentingan doa jam 3 pagi yang didoakan pada waktu pagi kerana terdapat banyak doa yang terkabul pada jam 3 pagi? Ada tertulis jam 3 bahawa Yesus mati pada jam 3 petang, tolong jelaskan?

Jawaban: Jam 3 pagi adalah masa kebangkitanNya. Itulah masa kebangkitanNya dan ada dicatat bahawa selepas kebangkitan, Yesus bertemu dengan Bonda Maria pada jam 4 pagi. Oleh itu, Dia semestinya telah bangkit pada jam 3 pagi, Juga ada tercatat bahawa Dia telah dijadikan tawanan pada jam 3 pagi. Dia mati pada jam 3 petang dan Dia bangkit pada hari yang ke tiga pada waktu jam 3 petang. Sebab itulah, kadangkalah Yesus membangunkan kita dari tidur pada jam 3 pagi supaya Dia mahu kita berdoa. Dia membangunkan kamu dari tidur kerana Dia mengetahui banyak doa yang terkabul pada jam 3 pagi.

Soalan: Anda ada memperkatakan tentang Bonda Maria. Apakah Yesus ada berbicara tentang Rosari Ibu-Nya?

Jawaban: Apabila saya berbicara dengan Yesus, Dia memberitahu saya tentang Rosari itu, Dia berkata bahawa Misteri Gembira ada hubungan dengan kedatanganNya yang kedua kali. Misteri sedih adalah apa yang berlaku di dalam dunia sekarang yang melibatkan penderitaan kita dan Misteri Mulia pula adalah bagi syurga. Didalam Misteri Gembira, pewartaan adalah masa di mana Bonda Maria mengatakan , Ya, kerana sekiranya dia tidak mengatakan Ya, kita tidak ada penyelamatan.

Tanpa dia mengatakan Ya, kita tidak ada penyelematan dan dalam Misteri Gembira, pada masa itu Bonda Marialah yang mengatakan Ya tetapi sekarang ini , adalah masa untuk kita mengatakan YA kepada TUHAN.
Misteri Gembira yang kedua ialah lawatan B onda Maria kepada Saudaranya Elizabeth. Ini bermakna apa Sahaja yang kita tahu mengenai Tuhan, kita seharusnya melawat orang lain dan menyebarkan kepada mereka betapa Tuhan kita itu sangat berbelas kasihan. Dan didalam Misteri Gembira yang ketiga, adalah kelahiran Yesus. Disini Dia menjadi manusia sebab itulah mengapa kita perlu ada perubahan didalam kehidupan kita dan membenarkan Yesus masuk didalam kehidupan kita.

Dalam misteri gembira yang keempat di mana Yesus dipersembahkan didalam bait Allah, ini bermaksud kita hendaklah mempersembahkan Yesus ke dalam hati semua orang. Kita perlu memperkenalkan Dia ke dalam hati semua orang supaya Dia kembali dalam mister yang kelima, iaitu penemuan Yesus di Bait Allah, pada kedatanganNya, Dia akan mendapati yang Dia berada didalam hati semua orang kerana Dia benar-benar datang dengan segala kemuliaanNya.

Soalan: Apakah kamu pernah bersemua dengan syaitan?

Jawaban: Ya, Ada pepatah mengatakan bahawa semakin kita dekat dengan Tuhan, semakin kita kuat godaan syaitan untuk menarik kita ke pihak mereka. Tuhan kita menampakkan diriNya kepada saya melalui mimpi, sementara syaitan pula menampakkan dirinya bukan dalam mimpi tetapi semasa saya terjaga. Saya memberitahu kamu bahawa kamu tidak akan dapat menjelaskan tentang Tuhan kerana Dia adalah segala-galanya. Sama dengan yang satu itu. Kamu tidak dapat menjelaskan syaitan sepeuhnya kerana dia ada segala-galanya tetapi mereka adalah bertentangan di mana keindahan ada didalam Tuhan dan kehodohan pada yang satu itu.

Malahan, dia menawarkan kepada saya iaitu sekiranya saya menghentikan misi saya, dia menawarkan saya untuk menjadi seorang yang terkaya di seluruh dunia dan saya akan menjadi seorang yang terkenal di seluruh dunia. Dia juga memberi semua wanita yang saya sukai. Tetapi saya memberitahunya yang saya tidak memerlukan kebahagian sementara. Saya mahu kebahagian yang kekal dan saya tidak menerima tawaran itu.
Soalan: Kamu menyebarkan Belas Kasih Tuhan dan orang ramai berfikir bahawa Tuhan sangat berbelas kasihan. Oleh itu, mereka terus melakukan banyak perkara jahat didalam hidup mereka dengan berharap Tuhan akan berbelas kasih akhirnya. 

Soalan: Apakah nasihat yang dapat kamu sampaikan kepada orang-orang seperti itu?

Jawaban: Pada satu ketika dalam perbualan dengan Yesus , Dia berkata.. Orang berfosa seharusnya mengerti bahawa belas kasih hanya wujud semasa mereka masih hidup dui dunia ini. Penghakiman mengambil alih apabila mereka sudah mati".... Maksudnya, semasa kita masih hidup , belas kasih Tuhan masih lagi tersedia tetapi apabila kita sudah mati, penghakiman akan mengambil alih.
Soalan: Adakah kamu memberi penyembuhan?

Jawaban: Saya bukan seorang yang memberikan penyembuhan, Yesuslah yang memberikan penyembuhan. Saya dilarang berdoa atau menumpang tangan ke atas seseorang. Kardinal Vidal menasihati saya agar selepas sesi kesaksian saya, penghomatan Imej Kerahiman Ilahi di adakan supaya umat akan meminta terus dari Tuhan untuk penyembuhan dan bukan melalui saya. Sekiranya kesembuhan berlaku melalui penghormatan Imej, maka Yesuslah yang menyembuhkan kamu, bukan saya.

Soalan: Tolong jelaskan penampilan Yesus?

Jawaban: Antara semua gambar Tuhan kita , terdapat persamaan tetapi tidaklah serupa sepenuhnya. Sekiranya kamu di hadapan Tuhan, kamu tidak dapat menjelaskan sepenuhnya perasaan, kepuasan dan kegembiraan kamu kearna Dia adalah segala-galanya. Tetapi dari penglihatan saya, Dia tinggi daripada saya , langsing dan sekiranya kamu melihatNya dari jauh, kamu boleh berkata yang rambbuatNya berwarna perang. Ini disebabkan Dia mempunyai aura keemasan oleh refleski aura tersebut kamu boleh mengatakan rambutnya berwarna perang.

Sekiranya Dia berada di hadapan kamu, rambutNya berwarna hitam, lurus tetapi beralun sedikit, panjang dan Dia benar-benar tampan. Mata-Nya berwarna biru, kulit-Nya kemerah-merahan, dia mempunyai hidung yang tinggi, bibir yang sangat merah, gigi yang putih dan sempurna. Dia juga mempunyai janggut dan apabila Dia tersenyum, kamu akan melihat lesung pipi-Nya. Dia lebih sopan daripada saya kerana setiap perbualan , ianya selalu diiringi dengan kata "Tolong"... Setiap perbualan ianya selalu diiringi dengan kata "Terima kasih"... Sebab itulah saya mengatakan, betapa rendah hatinya Tuhan kita.

Soalan: Apakah yang dapat kamu katakan kepada orang-orang yang menolak untuk mempercayai belas kasihan Tuhan?

Jawaban: Yesus berkata, dengan menolak belas kasihanNya, seseorang itu menolak untuk percaya bahawa Dia adalah Tuhan. Maka itulah dosa yang Dia tidak dapat ampuni. Dia berkata, semua dosa boleh diampuni kecual iseseorang itu tidak percaya yang dosanya boleh diampuni dan dengan menolak belas kasihanNya, seseorang itu juga menolak untuk percaya bahawa Dia adalah Tuhan.

Soalan: Sebahagian gereja Kristian yang lain tidak percaya kepada Bonda Maria, Malahan mereka memecahkan dan memusnahkan imej - imej Bonda Maria. Apakah yang kamu katakan tentang hal ini?
Jawaban: Pada satu masa, saya memberi kesaksian kepada umat Protestant. Selepas kesaksian itu, mereka bertanya, Brother Stanley, adakah perlu menjadi Katolik sekiranya kami mahu m engikuti Devosi Kerahiman Ilahi?"... Saya memberitahu mereka, tidak! Hanya perlu menjadi protestant yang baik. Dan kemudian mereka berkata "Apakah maksud kamu dengan protestant yang baik? Maka saya menjawab "Protestant yang baik tidak bergaduh dengan Ibu Tuhan kerana sekiranya seseorang itu bergaduh, dia adalah jahat". Sekiranya tidak bergaduh, dia adalah seorang yang baik".. Sekiranya selalu bergaduh dengan jiran-jirannya, bukankah dia itu jahat? Tetapi sekiranya seseorang itu tidak bergaduh dengan jiran-jirannya, dia adalah seorang yang baik, inikan pula dengan Ibu Tuhan!".

Soalan: Bagaimana kamu menunjukkan kepercayaan sepenuh terhadap Yesus?
Jawaban: Kamu harus percaya tanpa ragu-ragu

Soalan: Apakah perbezsaan di antara dosa kecil (Venial sin) dengan dosa besar (Mortal sin)?
Jawaban: Dosa besar dilakukan apabila seseorang itu mengetahui bahawa ianya dosa besar tetapi tetap melakukannya. Maksudnya, jika seseorang itu melakukannya dengan mengetahui sepenuhnya, ianya menjadi dosa besar. Dosa kecil pula adalah dilakukan dengan tidak sengaja, maka itu menjadi dosa kecil.

Soalan: Bagaimana engkau menjelaskan tentang jiwa-jiwa yang suam-suam kuku?

Jawaban: Yesus berkata, "jiwa-jiwa yang suam-suam kuku adalah jiwa-jiwa yang sekiranya Dia boleh memuntahkannya keluar. Dia akan melakukannya. Merekalah jiwa-jiwa yang hendak dimuntahkanNya keluar apabila Dia berada di Kalvari, seperti di Getsemani. Dia berkata "Sekiranya Dia boleh untuk tidak minum dari cawan itu, Dia tidak akan meminum darinya kerana inilah jiwa-jiwa yang telah pun berada dalam cahaya tetapi memilih untuk berpindah ke dalam kegelapan lagi. Sebab itulah Tuhan kita berkata, apa yang jiwa-jiwa ini lakukan adalah amat menyakitkan-Nya.

Soalan: Apakah yang boleh membuatkan Yesus gembira?

Jawaban: Apa yang boleh menggembirakan Yesus ialah apabila kita dapat mencintai musuh kita. Bagaimana kita menghadap Tuhan dan memohon belas kasihanNya sekiranya kita sendiri tidak berbelas kasihan? Adalah sangat sukar untuk mencintai musuh kita tetapi ada rahsianya.

Rahsia pertama ialah kita harus menakluki diri kita. Musuh utama kita ialah diri sendiri kerana kesombongan, kebencian dan semua perkara negetif ada didalam diri kita. Jika \idak ada lagi kedengkian, kebencian, kesombongan, tidak ada lagi negetif dan sekiranya semua itu tiada, kita akan mudah mencintai musuh kita.
Sekiranya kita berupaya menakluki dan mengalahkan diri sendiri, kita akan mudah memaafkan dan mengampuni musuh kita. Memang mudah untuk mengatakan "Aku mengampuni kamu"... Tetapi hanya keluar dari mulut. Sekiranya perkara negetif itu tidak dibuang dari dalam hati kita, ia akan bersama kita selama-lamanya.

Kita mencintai musuh kita bererti kita sentiasa berdoa untuk mereka dan duri itu akan perlahan-lahan dibuang dari dalam hati kita. Sekiranya duri itu dibuang, itulah yang membuatkan Yesus gembira. Untuk mencintai musuh, tidak perlu menyukainya tetapi hanya berdoa untuk musuh kita dan tidak berkata tentang sesuatu yang bertentangan dengan dirinya.

DOA JAM TIGA
Engkau telah wafat Yesus tetapi sumber kehidupan memancar pada jiwa-jiwa , dan samudera belas kasihan terbuka bagi seluruh dunia. Oh pancaran kehidupan, Kerahiman Ilahi yang tak terselami, rangkumkanlah seluruh dunia dan kosongkanlah diriMu atas kami.

Darah dan Air yang memancar dari Hati Yesus sebagai belas kasihan bagi kami, aku percaya kepada-Mu (3 kali)

CARA BERDOA KEPADA CHAPLET KERAHIMAN ILAHI
Tanda Salib:
Doa Bapa kami
Doa Salam Maria
Aku Percaya

Pada setiap biji manik besar (Bapa kami), berdoalah seperti ini: Bapa yang kekal, saya persembahkan kepadaMu Tubuh dan Darah, Jiwa dan Ke-Allahan Putera-Mu terkasih Tuhan kami Yesus kristus, demi penebusan dosa-dosa kami dan dosa seluruh dunia".

Pada sepuluh manik-manik kecil (Salam Maria) - Setiap dekad, berdoa seperti berikut: Demi sengsara
Yesus yang pedih, kasihanilah kami dan seluruh dunia"...

Selepas lima Dekad, berdoalah sebanyak tiga kali sebagai penutup "Allah yang kudus, kudus dan berkuasa, kudus dan kekal, kasihanilah kami dan seluruh dunia" Yesus, Raja Kerahiman Ilahi, aku percaya kepadaMu"..

Nota: Doa permohonan di bawah ini boleh diganti dengan doa anda sendiri sebelum manik bapa kami di di setiap peristiwa jika mendoakan khusus untuk seseorang dengan Rosari Kerahiman Ilahi, juga boleh disertakan dengan doa-doa di bawah.

NOVENA KEPADA KERAHIMAN ILAHI (BERMULA PADA JUMAAT AGUNG)

HARI PERTAMA

Hari ini, bawalah kepadaKu seluruh umat manusia terutama sekali semua orang berdosa dan benamkan mereka ke dalam lautan kerahimanKu. Dengan cara ini engkau akan menghibur Aku dalam kesedihan yang pedih disebabkan oleh kehilangan jiwa-jiwa"..

Ya Yesus yang Maha Rahim, Engkau mengasihani dan mengampuni kamu. Janganlah memperhitungkan dosa-dosa kami tetapi perhatikanlah iman kepercayaan kami akan kebaikanMu yang tidak terbatas. Terimalah kami semua dalam hatiMu yang Maha Rahim dan janganlah pernah m embiarkan k ami melarikan diri dariNya untuk selamaNya. Kami memohon ini dariMu demi kasihMu yang mempersatukan Engkau dengan Bapa dan Roh Kudus.

Oh Kerahiman Ilahi yang Maha Kudus, keselamatan orang-orang berdosa , ENgkau adalah lautan kerahiman dan belas kasihan; Engkau membantu semua orang yang rendah hati memohon pertolonganMu.
Bapa yang kekal, dengan tatapan mataMu yang penuh kerahiman , pandanglah seluruh umat manusia, khususnya orang-orang berdosa yang malang, semua te rtampung dalam Hati Yesus yang Maha Rahim. Demi sengsaraNya yang pedih, tunjukkanlah KerahimanMu kepada kami sehingga kami dapat memujiMu yang Maha Kuasa untuk selama-lamanya. Amin!

HARI KEDUA
Hari ini bawalah kepadaKu jiwa-jiwa para imam dan kaum religius dan benamkan mereka dalam kerahimanKu yang tak terhingga. Merekalah yang memberi-Ku kekuatan untuk menanggung kesengsaran-Ku yang pahit. Melalui mereka, umpama melalui terusan-terusan, kerahiman-Ku mengalir kepada umat manusia.

Yesus yang Maha Rahim, sumber segala kebaikan, tingkatkanlah rahmatMu didalam diri kami supaya k ami dapat melaksanakan dengan pantas karya-karya kerahiman dan supaya semua yang melihat kami dapat memuliakan Bapa Kerahiman yang ada di syurga.

Mata air kasih Allah ada di dalam hati yang murni, terbenam dalam lautan Kerahiman, bersinar laksana bintang-bintang cemerlang laksana fajar.

Bapa yang kekal, dengan tatapan mataMu yang Maha Rahim, pandanglah himpuan orang-0rang terpilih yang bekerja di kebun anggur-Mu, pandanglah jiwa-jiwa para imam dan kaum religius dan limpahilah mereka dengan kekuatan berkatMu. Demi cinta kasih Hari PuteraMu, tempat mereka tetampung, berikanlah kepada mereka kekuatan dan terangMu supaya mereka dapat memimpin orang lain di Jalan menuju Keselamatan dan dengan satu suara memuji KerahimanMu yang tidak t erbatas sepanjang segala abad. Amin!.

HARI KETIGA
Hari ini, bawalah kepadaKu semua jiwa yang saleh dan setia dan benamkan mereka dalam lautan KerahimanKu. Jiwa-jiwa ini memberikan penghiburan kepadaKu di sepanjkang Jalan Salib. Mereka adalah titik penghiburan di tengah lautan kepahitan.

Yesus yang Maharahim, dari khazanah KerahimanMu, Engkau memberikan rahmat y ang berlimpah-limpah kepada semua orang. Terimalah kami ke dalam kediaman hatiMu yang M aha Rahim dan jangan membiarkan kami melarikan diri daripadanya. Kami memohon rahmat ini dariMu demi cintakasihMu yang paling mengkagumkan terhadap Bapa syurgawi yang membuat hatiMu sedemikian yang bernyala-nyala.
Mukjizat-mukjizat Kerahiman sungguh tak terselami. Baik orang berdosa mahupun orang benar tidak akan memahaminya. Setiap kali Engkau memandang kami dengan p enuh belas kasihan, Engkau menarik kami lebih erat kepada kasihMu.

Bapa yang kekal, arahkanlah tetapan mataMu yang Maha Rahim kepada jiwa-jiwa yang setia sebagai harta pusaka puteraMu. Demi sengsaran-Nya yang pedih, limpahkanlah berkatMu kepada mereka dan kelilinglah mereka dengan perlindunganMu yang berterusan. Demikian, mereka tidak akan pernah mengalami kegagalan dalam cinta kasih dan tidak pernah akan kehilangan harta yang berharga iaitu iman yang kudus sebaliknya bersama segenap paduan para malaikat dan para kudus mereka akan memuliakan KerahimanMu yang tidak terbatas sepanjang abad. Amin!

HARI KEEMPAT
Hari ini, bawalah kepadaKu orang-orang yang tidak percaya kepada Allah dan mereka yang belum mengenal Aku. Dalam sengsaraKu yang pedih, Aku juga memikirkan mereka, dan semangat mereka di masa depan meneguhkan hatiKu. Benamkan mereka dalam lautan KerahimanKu.

Ya Yesus yang Maharahim, Engkau adalah Terang seluruh dunia. Terimalah dalam h atiMu yang Maha Rahim jiwa orang-orang yang tidak percaya kepada Allah dan yang belum mengenal Engkau. Biarlah sinar rahmatMu menerangi mereka sehingga mereka pun, bersama kami dapat mengagungkan kerahimanMu yang mengkagumkan ; janganlah membiarkan mereka melarikan diri dari kediaman hatiMu yang MahaRahim. Kiranya sinar kasihMu menerangi jiwa-jiwa yang berada dalam kegelaman, buatlah jiwa-jiwa ini mengenal Engkau dan bersama dengan kami, memuji KerahimanMu.

Bapa yang kekal, arahkanlah tetapan mataMu yang MahaRahim kepada jiwa orang-orang yang tidak percaya kepada Engkau dan mereka yang belum mengenal Engkau tetapi sudah tertampung dalam Hati Yesus yang Maha Rahim. Tariklah mereka kepada cahaya terang Injil. Jiwa-jiwa ini belum tahu betapa besarnya kebahagian orang yang mengasihi Engkau. Berikanlah rahmatMu kepada mereka, agar mereka pun dapat mengagungkan rahmatMu kepada mereka, agar mereka pun dapat mengagungkan kerahimanMu yang Maha Murah sepanjang segala abad. Amin!

HARI KELIMA
Hari ini ba walah kepadaKu jiwa orang-orang yang sesat dan memisahkan diri dari Gereja dan benamkanlah mereka dalam lautan KerahimanKu. Setiap kali mereka mencabik-cabik Tubuh dan HatiKu, yakni GerejaKu, Aku merasa sengsara yang pedih, begitu mereka kembali kepada kesatuan dengan Gereja, luka-lukaKu menjadi sembuh dan dengan cara ini meringkankan sengsaraKu.

Bahkan bagi mereka yang sudah mengoyakkan busana kesatuanMu, arus Kerahiman terus mengali dari HatiMu. KerahimanMu yang Maha Kuasa, oh Allah, dapat menghantar jiwa-jiwa inii keluar dari kesesatan.
Yesus yang Maha Rahim, Sang kebaikan sendiri, Engkau tidak pernah menutup terangMu bagi mereka yang memintanya dari padaMu. Sambutlah jiwa-jiwa pada bidah dan orang-krang yang memisahkan diri dari Gereja dalam naungan HatiMu yang MahaRahim. Dalam terangMu , tariklah mereka ke dalam kesatuan Gereja dan jangan biarkan mereka memisahkan diri dari HatiMu yang Maha Rahim, tetapi perkenankanlah mereka pun menyembah KerahimanMu yang Maha murah.

Bapa yang kekal, arahkanlah tatapan mataMu yang MahaRahim kepada jiwa-jiwa para bidah dan dan orang-orang yang memisahkan diri dari gereja, yang telah mensia-siakan berkatMu dan menyalahgunakan rahmatMu dengan berkeras hati didalam kesesatan-kesesatan mereka. Janganlah memandang kesalahan-kesalahan mereka tetapi pandanglah kasih PuteraMu sendiri dan pandanlah juga sengsaraNya yang pedih, yang Dia jalani, demi mereka kerana mereka pun sudah ditampung didalam Hati Yesus yang Maha Rahim. Perkenankanlah mereka pun memuliakan KerahimanMu yang agung sepanjang segala masa. Amin!

HARI KEENAM
Hari ini, bawalah kepadaKu jiwa-jiwa yang lemabh lembut dan rendah hati serta jiwa anak-anak kecil dan benamkanlah mereka dalam kerahimanKu. Jiwa-jiwa ini paling menyerupai HatiKu. Di saat Aku menjalani sakratulmaut yang pedih, mereka menguatkan Aku. Aku melihat mereka sebagai malaikat-malaikat bumi yang akan terjaga di dekat semua altarKu. Ke atas mereka, Aku mencurahkan seluruh limpahan rahmat. Hanya jiwa-jiwa yang rendah hati yang dapat menerim rahmatKu. Dengan kerahimanKu, Aku mengasihi jiwa-jiwa yang rendah hati.

Yesus yang MahaRahim, ENgkau sendiri berkata, Belajarlah daripadaKU sebab Aku ini lemah lembut dan rendah hati serta jiwa anak-anak kecil. Jiwa-jiwa ini membuat syurga terpesonadan mereka adalah kesayangan Bapa syurgawi. Mereka ibarat rangkaian bunga yang harum mewangi di hadapan takta Allah, Allah sendiri bersukacita atas keharuman mereka. Jiwa-jiwa ini memiliki kediaman kekal di dalam hatiMu yang Maha Rahim. Oh Yesus dan tidak henti-hentinya mereka melagukan Madah kasih serta Kerahiman.
Suatu jiwa yang sungguh-sungguh lemah lembut dan rendah hati, sudah di bumi menghirup udara Firdaus dan kerana keharuman jiwa-jiwa orang orana yang rendah hati, Sang Pencipta sendiri bersukacita.

Bapa yang kekal, arahkanlah tatapan mataMu yang Maha Rahim kepada jiwa-jiwa yang lemah lembut dan rendah hati serta kepada jiwa anak-anak kecil yang dihimpun didalam Hati Kudus Yesus yang Maha Rahim. Jiwa-jiwa ini paling menyerupai PuteraMu. Keharuman mereka naik dari bumi dan sampai ke takthaMu. Bapa Kerahiman dan segala kebaikan, demi kasih Mu terhadap jiwa-jiwa ini dan demi kesukaan yang Engkau nikmati kerana mereka, aku memohon dengan sungguh, berkatilah seluruh dunia, agar semua jiwa bersama-sama menyanyi madah pujian KerahimanMu sepanjang segala abad. Amin!

HARI KETUJUH
Hari ini, bawalah kepadaKu jiwa-jiwa yang secara khusus menghormati dan memuliakan KerahimanKu dan benamkanlah mereka dalam kerahimanKu. Jiwa-jiwa ini p aling menderita kerana menyaksikan sengsaraKU dan merekalah yang masuk ke dalam RohKu dengan sesungguhnya. Mereka adalah gambar yang hidup dari HatiKu yang Maha Rahim. Dalam kehidupan yang akan datang, jiwa-jiwa ini akan bersinar dengan kecemerlangan istimewa. Tidak seorang pun dari mereka akan terjerumus ke dalam api neraka. Secara istimewa, Aku akan membela setiap orang dari mereka pada saat kematiannya.

Yesus yang Maha Rahim, HatiMu adalah Sang Kasih sendiri. Terimalah ke dalam kediaman HatiMu yang MahaRahim jiwa orang - orang yang secara istimewa mengagungkan kerahimanMu dan menghormati keagunganNya. Kerana kekuatan Allah sendiri, jiwa-jiwa ini sungguh perkasa. Di tengah segala penindasan dan penderitaan, mereka melangkah maju penuh keperayaan akan kerahimanMu. Jiwa-jiwa ini bersatu denganMu dan memikul seluruh umat manusia atas bahu mereka. Jiwa-jiwa ii tidak akan dihakimi dengan tegas tetapi pada saat ajalnya, mereka akan dirangkul oleh kerahimanMu.

Jiwa yang memuji kebaikan Tuhan, dikasihi olehNya secara istimewa. Ia selalu dekat dengan mata air yang hidup dan menimba rahmat dari kerahiman Ilahi.

Bapa yang kekal, arahkanlah tatapan mataMu y ang Maha Rahim kepada jiwa-jiwa yang memuliakan dan menghormati sifatMu yang paling agung, iaitu kerahimanMu yang tidak terselami dan yang dihipun dalam hati Yesus yang MahaRahim. Jiwa-jiwa ini adalah Injil yang hidup , tangan mereka penuh dengan perbuatan-perbuatan belas kasihan dan hati mereka yang berlimpah-limpah dengan sukacita, menyanyikan lagu kerahiman kepadaMuy. Oh yang Mahatinggi, aku memohon kepadaMu, ya ALlah, Tunjukkanlah kerahimanMu kepada mereka sesuai dengan harapan dan kepercayaan mereka kepadaMu. Biarlah tergenapi janji Yesus telah bersabda kepada mereka bahawa jiwa-jiwa yang menghormati kerahimanNya yang tak terselami, Dia sendiri akan membela mereka sebagai kemuliaanNya sendiri sepanjang hayat mereka. Dia sendiri akan membela mereka sebagai kemuliaanNya sendiri sepanjang hayat mereka, khususnya pada saat kematian mereka. Amin!

HARI KELAPAN
Hari ini, bawalah kepadaKu jiwa-jiwa yang dipenjarakan di api penyucian dan benamkanlah mereka dalam lubuk KerahimanKu. Biarlah banjir DarahKu menyejukan mereka yang kepanasan. Semua jiwa ini sangat Kukasihi. Mereka sedang melunaskan hukumanKu yang adil. ENgkau memiliki kekuatan untuk meringankan mereka. Ambillah segala induldensi dari Khazanah GerejaKu dan persembahkanlah semua itu demi mereka. Oh, kalau saja engkau tahu siksaan yang mereka deritai, engkau akan terus menerus mempersembahkan bagi mereka kemurahan hati dan melunasi hutang mereka kepada keadilanKu.

Yesus yang Maharahim, Engkau sendiri telah bersabda bahawa Engkau menginginkan kerahiman, maka Aku menghantar ke dalam kediaman hatiMu yang Maha Rahim jiwa-jiwa di api penyucian, jiwa-jiwa yang sangat Engkau kasihi, tetapi sekaligus harus membayar hukuman yang dijatuhkan oleh keadilanMu.
Semoga aliran Darah dan Air yang memancar dari hatiMu memadamkan nyala api yang memurnikan itu, supaya di situ juga kuasa kerahimanMu dapat di muliakan.

Bapa yang kekal, arahkanlah tatapan mataMu kepada jiwa-jiwa yang menderita di api penyucian , yang tertampung dalam Hati Yesus yang Maha Rahim. Berkat sengsara PuteraMu yang pedih, demi semua kepahitan yang melanda jiwaNya yang Maha Kudus, aku memohon kepadaMu , sudilah menyatakan kerahimanMu kepada jiwa-jiwa yang sedang Engkau pandang dengan mataMu yang adil. Pandanglah mereka hanya melalui luka-luka Yesus, PuteraMu yang terkasih kerana kami sungguh percaya bahawa disini tidak ada batas untuk kebaikan dan kemurahanMu. Amin!

HARI KESEMBILAN
Hari ini, bawalah kepadaKu jiwa-jiwa yang suam-suam kuku dan benamkanlah mereka didalam lubuk kerahimanKu. Jiwa-jiwa ini melukai hatiKu dengan amat sakit sekali. Jiwa-jiwa yang suam-suam kuk ini membuat jiowaKu merasakan kejijikan yang paling mengerikan di Taman Zaitun. Merekalah yang menyebabkan Aku berseru kepada Bapa , Bapa ambillah piala ini dari padaKu , kalau ini memang kehendakMu, bagi mereka harapan terakhir untuk selamat adalah berlari kepada KerahimanKu".

Yesus yang Maha Rahim, Engkau adalah Sang Kerahiman sendiri. Aku membawa jiwa-jiwa yang suam-suam kuku ini ke khemah hatiMu yang Maha Rahim. Dalam api kasihMu yang paling murni, biarlah jiwa-jiwa yang beku ini, seperti mayat ini, yang dipenuhi dengan kejijikan, dapat dihidupkan kembali. Oh Yesus yang Maha Rahim, tunjukkanlah kerahimanMu yang Maha Kuasa dan tariklah mereka ke dalam nyala kasihMu, limpahkanlah atas mereka kurnia kasih yang kudus k erana bagi kuasaMu, tidak ada yang mustahil.
Api dan ais tidak dapat berpadu, entah api yang mati, entah ais yang cari, tetapi berkat kerahimanMu, oh Allah, Engkau dapat memulihkan dalam diri semua orang apa saja yang sudah hilang. Bapa yang kekal, arahkanlah tatapan mataMu kepada jiwa-jiwa yang suam-suam kuku, yang bagaimanapun sudah tertampung dalam Hati Yang Maha Rahim. Amin!

DARI DIARI SAINT MARIA FAUSTINA KOWALSKA
Kewujudan Neraka
Petikan dari Diari #741 - Hari ini , aku di bawa oleh Malaikat ke jurang neraka. Neraka adalah tempat yang penuh dengan siksaan yang mengerikan; sungguh luar biasa dan jangkauannya. Seksaan-seksaan yang aku saksikan adalah:

Seksaan pertama yang menciptakan neraka rasa kehilangan Allah
Seksaan kedua ialah kekacauan hati nuraini selama-lamanya
Seksaan ketiga ialah keadaan yang tidak pernah akan berubah
Seksaan keempat ialah api yang terus-menerus membakar jiwa tanpa menghancurkannya.
Seksaan kelima ialah kegelapan yang tiada akhirnya , bau busuk yang sungguh luar biasa dan menyesakkan nafas. Walaupun sangat gelap, roh-roh jahat dan jiwa-jiwa yang terhukum dapat melihat di antara satu sama lain serta dapat menyaksikan semua kejahatan, baik kejahatan orang lain mahupun kejahatan dirinya sendiri.
Seksaan yang keenam ialah persekutuan yang berterusan dengan syaitan
Seksaan yang ketujuh ialah keputusasaan yang mengerikan, kebencian terhadap Allah , caci maki , kutuk dan hujat.
Seksaan itu adalah penderitaan yang mengerikan kerana api itu adalah api rohani yang dinyalakan oleh murka Allah dan ini lah seksaan yang diderita bersama-sama oleh semua yang terhukum tetapi penderitaan mereka bukan setakat itu sahaja.

Masih ada seksaan yang diperuntukan bagi setiap jiwa iaitu seksaan indera. Setiap jiwa menjalani penderitaan yang mengerikan dan tak terlukiskan, bergantung kepada jenis dosa-dosa yang dilakukannnya. Di sana, ada gua-gua raksasa dengan lorong-lorong penyeksaan tempat setiap orang menjalani sakratulmautnya masing-masing.

Sekiranya aku tidak ditompang oleh keMahakuasaan Allah, aku pasti sudah mati menyaksikan seksaan yang amat mengerikan itu. Biarlah setiap pendosa tahu bahawa indera yang dia gunakan unutk berdoa akan diseksa untuk selama-lamanya.

Aku menulis semua ini atas perintah Allah agar tiada satu jiwa pun yang akan membuat ulasan untuk mengatakan bahawa neraka itu tidak ada atau tidak seorang pun pernah pergi ke sana atau tidak seorangpun yang dapat melukiskan keadaan neraka itu.

Atas perintah Allah, aku Sr. Faustina telah mengunjungi jurang neraka sehingga aku dapat memberi kesaksian bahawa neraka sungguh ada dan memberitahu kepada jiwa-jiwa keadaan neraka itu. Sekarang aku tidak dapat berbicara mengenai neraka itu tetapi aku telah menerima perintah dari Allah untuk menuliskannya dan meninggalkannya dalam bentuk tulisan.

Syaitan penuh dengan kebencian terhadapku tetapi atas perintah Allah, mereka harus mentaati aku. Apa yang aku tulis, hanyalah bayangan kabur dari hal-hal yang aku lihat tetapi satu perkara yang ku lihat dengan jelas iaitu k ebanyakan jiwa-jiwa yang ada di sana adalah mereka yang tidak percaya bahawa neraka itu benar-benar ada. Ketika tiba di sana, aku hampir tidak dapat pulih dari kekuatan.

Betapa mengerikan penderitaan jiwa-jiwa di sana. Oleh kerana itu, aku berdoa dengan khusyuk lagi untuk pertobatan orang-orang berdosa. Aku memohon Kerahiman Allah untuk mereka tanpa henti-henti. Oh Yesusku , aku rela menjalani sakratulmaut sampai akhir dunia , dengan penderitaan-penderitaan yang luar biasa beratnya, daripada melukai HatiMu dengan dosa yang paling ringan sekalipun.

DOA DAN PENDERITAAN
Petikan dari Diary #1465 - dengan menampakan diri dalam satu penglihatan , ia berkata kepadaku, "Jangan berdoa untuk orang-orang berdosa, tetapi untuk dirimu sendiri kerana kamu akan d ihukum" tanpa memerhatikan si syaitan, aku terus berdoa dengan menggandakan kepedulianku bagi orang-orang berdosa. Roh jahat itu berteriak dengan ganas. "Oh! Seandainya aku mempunyai kuasa atas kamu! Lalu ia menghilang. Aku melihat bahawa penderitaan dan doa-doaku telah membelenggu syaitan dan merenggut banyak jiwa dari genggamannya.

Nota: Terdapat tiga cara untuk mengamalkan belas kasihan iaitu dari segi perbuatan, perkataan dan doa. Terdapat tulisan yang tidak dimasukkan didalam laman ini . Anda boleh merujuk kepada tulisan asal buku ini.
Penterjemahan serta penerbitan buku ini adalah dengan k ebenaran daripada Ricardo J Kardinal Vidal D.D keuskupan Agung Cebu, Rev Msgr Cristobal E. Garcia, SAP, HP Pembimbing Rohani Brother Stanley C. Villavicencio dan Bro S tanley C, Villavicencio sendiri. Kebenaran khas ini diberikan kepada kumpulan KeRahiman Ilahi Katedral Hati Kudus Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tujuan utama penterjemahan serta penerbitan buku ini adalah semata-mata untuk membantu menyebarluaskan Devosi Kerahiman Ilahi di kalangan umat Kristian Sahaja.
Sumber rujukan kerja terjemahan : STANLEY C VILLAVICENCIO, His personal engounter with J ESUS CHRIST of the DIVINE MERCY.

3 comments:

  1. Saya mencari buku Devosi Kerahiman Ilahi (Brother Stanley. V) yang sudah diterjemah ke bahasa malaysia. Bolehkah beri saya maklumat dimanakah saya dapat beli buku ini? Testimoni Bro. Stanley amat memberkati saya.

    ReplyDelete
  2. Shallom Suzie, lama betul ni baru kana reply kan, sorry for a month. :) .. di mana2 kedai buku rohani pun ada buku Devosi Kerahiman Ilahi, tetapi yang lengkap, barangkali selalu sahaja habis. KKRC di Kota Kinabalu, dekat pejabat post, di Center Point, di tingkat 3 , tidak pasti kalau sudah pindah... dan St Paul, dekat RTM lama , di seberang jalan saja, dekat.

    ReplyDelete