Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 10 January 2017

Cabaran untuk tahun 2017

Shallom Kawan-kawan semua,sudah lama blog ini tidak dikemaskinikan tetapi akan sentiasa dikemaskinikan apabila ada mesej untuk disampaikan. Apapun, pada tahun 2017 ini, kita sekali lagi diberikan peluang oleh Tuhan untuk bernafas, bagi yang sudah pergi, selamat buat mereka sehingga sampai ke destinasi di rumah Bapa di syurga. 

Setiap tahun kita ada azam baru untuk disempurnakan dan setiap azam baru itu mungkin membaharui kita setiap tahun , memberikan kita keyakinan untuk lebih dekat kepada Tuhan. Sebenarnya setiap orang mempunyai azam tetapi ada juga yang masih tidak berubah sehinggalah sekarang kerana proses untuk SEDAR tidak dalam sekelip mata, seperti kita menantikan perubahan seseorang itu mungkin tidak mengambil masa yang begitu singkat kerana proses kehidupan seseorang yang mengikuti Tuhan atau seorang murid Tuhan yang setia, mempunyai proses yang tersendiri daripada Tuhan supaya kita benar-benar diubah sepenuhnya. Itupun bergantung kepada response kita dengan apa yang Tuhan katakan kepada kita. 

Jika kita response kepada panggilan akan kebaikanNya, maka kita akan diubah menurut ukiran, cara pembuatan kita dari mula, tetapi pertama sekali, ialah Dia ingin kita serupa seperti Tuhan Yesus dan ianya memerlukan proses , yang bermula dari hati kita sendiri kerana dari hatilah terpancar kehidupan. 

AMSAL 4: 23 "jagalah hatimu dengan segala KEWASPADAAN, kerana dari situlah TERPANCAR KEHIDUPAN".

Semoga tahun 2017 yang mencabar ini, Tuhan memberikan kita kekuatan dan rahmat yang besar untuk menempuh halangan yang besar didepan kita, dengan iman yang teguh. Amin.

No comments:

Post a Comment